Untuk sesebuah keluarga, rumah kediaman amat penting untuk memberi keselamatan dan keselesaan kepada sesebuah keluarga. Setiap kediaman mestilah mempunyai ruang atau bilik khusus kepada penghuni rumah untuk menepati ciri rumah kediaman yang sesuai dan selesa. Dan sudah tentu setiap keluarga mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan ruang khas untuk mereka belajar dan bermain.
Perancangan untuk membuat bilik kanak-kanak mesti diambil-kira kepada ibu bapa untuk memberikan keselamatan dan keselesaan kepada mereka. Seorang kanak-kanak dari usia yang sangat muda harus mempunyai ruang peribadi di mana dia dapat merasa selesa dan bermain untuk kesenangannya.


Jika rumah mempunyai masalah kekurangan bilik salah satu penyelesaian terbaik ialah membuat loteng rumah. Sekiranya loteng sudah siap ia dapat memberi ruang khas untuk anak-anak seperti bilik tidur, ruang belajar dan ruang permainan, dengan ini anak-anak akan lebih selesa dan ibu-bapa akan dapat menyelesaikan masalah kerkurangan bilik untuk anak-anak.


Pelbagai kelebihan membuat loteng untuk kanak-kanak dapat diberikan kepada sesebuah rumah. Jika anda hendak tahu, loteng boleh dijadikan sebagai bilik tidur untuk anak-anak, jadi ibu bapa tidak perlu mengubah suai rumah untuk membuat bilik baru dengan kos yang lebih tinggi.


Selain itu, loteng juga boleh dijadikan sebagai ruang bermain anak-anak untuk mengisi masa lapang mereka. Jika ada ruang bermain sendiri jadi tidaklah mereka membuat sepah di merata tempat atau berlari-lari di ruang rumah. Tambahan pula, ruang loteng boleh dijadikan tempat belajar kerana di kawasan yang tinggi dapat memberikan keselesaan dan ketenangan semasa belajar di rumah.


Pelbagai lagi kelebihan yang boleh dimanfaatkan dari ruang loteng rumah anda. Dengan membuat loteng anda dapat memanfaatkan ruang tinggi di rumah anda untuk membuat ruang bilik yang baru. Jadi anda tidak perlu mengeluarkan lebih banyak kos mengubah suai rumah dan anak-anak pun akan lebih seronok kerana mendapat ruang bilik yang khas untuk mereka.
Disediakan oleh ispiagate
Follow facebook kami fbispiagate
