IspiaGate

Selamat Datang ke Ispiagate. Kami menyediakan pelbagai jenis design-design Gate rumah yang menarik untuk menghiasi dan melindungi rumah anda.

Sudahkah rumah anda mempunyai Gate rumah atau ingin menukar Gate rumah baru? Kami boleh membantu anda membuat pemasangan Gate rumah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh setiap penghuni rumah.

Di Malaysia ni, banyak kes-kes yang tidak diingini berlaku seperti pecah rumahla, haiwan liar masuk rumahla kalau dengar perkara-perkara ni mesti kita akan risau juga kan kalau terjadi di rumah kita. Sebab itu orang akan memasang pagar rumah bagi mengelakkan perkara-perkara yang disebutkan itu berlaku.

 Penting ke buat pagar rumah ni? Boleh dikatakan sangat penting buat pagar rumah ini di rumah anda, selain menghalang pencuri masuk banyak kelebihan pagar rumah ni pada rumah anda. 

Mahal ke buat pagar rumah ni? kualiti macam mana? Jangan risau anda boleh dapatkan gate rumah yang berkualiti dan tahan lasak dengan harga yang berpatutan. Standart harga pagar rumah biasanya dalam RM50 perkaki. Kami akan memastikan pemasangan gate rumah di rumah anda memberi keselamatan dan menghias halaman depan rumah anda.  

Antara kelebihan-kelebihan dan jenis-jenis Gate rumah yang kami tawarkan. Boleh lihat di bawah.

 

Kelebihan Mempunyai Gate Rumah

 

Sudah tentu ramai yang sudah tahu, Gate rumah ini berfungsi sebagai pagar keselamatan rumah kita daripada berlaku pencerobohan atau menghalang perkara yang tidak diingini daripada dimasuki orang tidak kenali atau binatang liar. Kalau nak tahu apabila gate rumah sudah siap, ia dapat memanfaatkan ruang rumah anda dengan memuatkan 2 buah kereta di tempat parking kereta. 

Di samping rasa lebih selamat dan selesa dengan membina gate rumah atau tembok di sekeliling rumah, ianya juga dapat memberikan privasi kepada penghuni. Nak bersenam, beriadah dengan keluarga depan rumah pun rasa seronok sebab orang di luar tak nampak. Selain itu dengan pelbagai jenis dan reka bentuk Gate rumah yang ada, pastinya  juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah. Digabung pula dengan landskap halaman rumah yang unik dan menghijau, gerenti rumah anda jadi berseri-seri.

 

Satu lagi fungsi Gate yang penting ialah ia dapat melindungi rumah dari dimasuki habuk atau daun-daun pokok

Bila dah pasang Gate, sedikit sebanyak dapatlah memeberi keceriaan dan keselamatan kepada penghuni rumah.

 

JENIS GATE RUMAH

swing gate

SWING GATE

Swing gate adalah pagar rumah yang buka dua daun, selalunya di gunakan untuk gate saiz 13 kaki ke bawah. Selalunya gate jenis ini memerlukan selak di tengah gate, dan juga di bahagian bawah untuk lock daripada berhayun.

folding gate

FOLDING GATE

Folding gate adalah gate yang lipat empat frame, selalunya di gunakan untuk saiz 14 kaki dan ke atas. Gate jenis ini memerlukan track dan roda untuk bergerak. Tetapi ada juga jenis trackless. Track atau trackless bergantung kepada keupayaan autogate anda

SLIDING GATE

Sliding gate adalah pagar rumah jenis luncur, ada satu frame sahaja. Normally anda perlukan double size untuk gate ini. Contohnya, bukaan tembok 10 kaki; anda perlu ada extra lagi 11 kaki di sebelah kanan tembok. Gate jenis ini selalunya di buat untuk rumah lot yang mempunyai size bukaan yang besar.

cara pengiraan harga Gate rumah

kalau anda tidak tahu. Anda boleh mengira harga Gate rumah anda sendiri sebelum membeli Gate rumah anda harga Gate tidak hanya bergantung pada jenis material atau design. Jumlah kos yang perlu anda bayar akan berbeza mengikut keluasan Gate rumah yang anda nak.

 Apa-apa pun, buat dulu ukuran panjang dan lebar kawasan yang nak dipasang.

Harga Gate biasanya dikira ikut kaki persegi dengan kos design Gate itu sendiri. Tak berapa faham? Boleh rujuk formula kira asas di bawah.

Harga Gate (design) x Panjang (kaki) x Lebar (kaki)

Contoh pengiraan:-

RM60 per square feet X (15 kaki x 5 kaki)    = RM60 X (75 kaki)

Jumlah                                         = RM4,500.00

Mudah kan? Bezanya dari segi jenis Gate rumah, ketebalan dan design saja! Lepas ini lebih mudah untuk anda menganggarkan harga gate rumah anda.

PRODUK PAGAR RUMAH

Shopping Cart
Open chat
Salam
Servis Pemasangan Gate, Awning, Loteng dan lain-lain
Apa kami boleh bantu?