Awning
ispiagate

Awning boleh cantikkan dan pastikan hartanah anda terjaga dari ancaman cuaca. Ada 5 jenis boleh pilih seperti aluminium, polycarbonated dan metal deck. Tengok juga design dan cara kira harga!

Kalau perasan, rumah di Malaysia ini kebanyakannya tak ada awning rumah. Betul tak? Memanglah ada je pemaju yang bagi sekali awning dalam pakej, itupun yang jenis separuh.

Buatnya musim panas yang berpanjangan, boleh bahang satu rumah weh tak ada awning. Sama juga musim hujan, sanggup ke tengok cat kereta dan lantai mahal anda terhakis dek air hujan?

Penting ke tak awning rumah? Ikutkan cuaca dan budaya masyarakat di Malaysia, boleh kata amat penting utuk mempunyai awning rumah ni! Orang kita tak mesti cari matahari juga untuk jemur baju.

Dryer? Tak biasalah! Bila ada awning, senang sikit nak tolak tarik ampaian ikut cuaca, betul tak?

Tak semua orang berminat nak jaga rumah elok-elok. Jadi, jangan terkejut kalau ada antara anda yang tak tahu apa itu awning.

Jadi kenalah ambil tahu, senang kalau nak pasang dan tak kena tipu. Jom kita tengok apa yang penting!

awning rumah
awning rumah

APA ITU AWNING RUMAH?

Awning rumah bermaksud bumbung atau atap tambahan yang berfungsi untuk melindungi kawasan rumah anda daripada haba cahaya matahari atau basah air hujan.

Ada banyak jenis awning rumah yang mungkin sesuai dengan bajet anda seperti aluminium composite panel, pergola, glass, polycarbonated dan metal deck.

Setiap jenis awning ada kelebihan, kekurangan dan tahap kedayatahanan masing-masing bergantung pada keadaan port pemasangan awning tersebut.

Biasanya, ia dipasang di hadapan rumah sebagai garaj kereta, belakang rumah atau sisi rumah.

KELEBIHAN MEMPUNYAI AWNING RUMAH

Awning rumah membenarkan anda memanfaatkan lebih banyak masa di ruang berturap, yang boleh menjadi tempat berteduh ketika cuaca panas atau hujan lebat, redup dan tenang je nak berehat.

Awning ini juga membantu menurunkan suhu di dalam rumah dengan mengurangkan silau langsung dari matahari, di samping menjimatkan kos bil elektrik (tak perlulah anda menggunakan terlalu banyak penghawa dingin).

Akhir sekali, ia dapat memberi lebih privasi, terlindung dari rumah jiran berhampiran. Ini adalah antara sebab yang baik untuk mempertimbangkan pemasangan awning.

JENIS AWNING RUMAH

awning rumah

ALUMINIUM(ACP)

Tak kisah pasal design asalkan boleh pakai untuk long-term? Aluminium adalah pilihan paling tepat sebab ia boleh tahan sampai 20 tahun tau!

Walaupun tiada unsur high-class, kualitinya tip top! Ada yang jenis melengkung, rata atau berongga. Selain tebal, ia juga kukuh nak hadap bahang matahari atau curahan air hujan.

Aluminium Composite Panel antara yang terkenal kerana mempunyai banyak warna, design dan berkualiti tinggi. Harganya juga mestilah masing-masing berbeza tetapi, masih berpatutan.

Kalau jenis biasa, harganya lebih kurang RM25-RM55 sekaki dah boleh dapat. Jenis melengkung dan solid agak mahal sehingga mampu mencecah ratusan ringgit.

Apalah salahnya kalau mampu. Alah membeli, menang memakai!

awning rumah

ZINK

Sudahlah bising, tak begitu kukuh pula! Hairan kenapa masih ramai yang guna atap zink ini sebagai awning? Siapa saja yang tak nak harga murah! Nak cari memang mudah.

Orang Malaysiakan suka benda yang berwarna-warni. Sudah tentulah metal deck menjadi pujaan ramai. Merah, biru, kelabu, hijau? Semua ada!

Harga serendah RM15 sekaki, boleh pasang awning seluas-luasnya. Cuma, kena bersedia dengan kos penyelenggaraannya sebab atap zink ini cepat bocor dan senang karat.

Kalau bajet anda kecil tetapi awning memang keperluan, apa salahnya kan? Asalkan ada bumbung!

awning rumah

POLYCARBONATED

Kelebihan polycarbonated awning adalah ia jernih dan tak tapis cahaya, sesuai sangat jika anda mencari awning yang tidak redup. Kalau jemur baju, confirm cepat kering!

Walaupun ia ringan dan transparent, tiada bunyi bising semasa hujan lebat tau. Cuma, kesan tompokan daripada curahan air hujan memang tak dapat nak elak.

Polycarbonated juga tahan lasak dengan suhu paling tinggi dan paling rendah. Boleh guna sehingga 10 tahun bergantung pada jenis sama ada solid atau emboss.

Harganya bermula serendah RM24 sekaki, tapi harga polycarbonated akan berubah mengikut jenis ketebalan dan peratus penembusan cahaya, 50% atau 80%. Berbaloi kan?

cara pengiraan harga awning

Kalau nak tahu, harga awning tidak hanya bergantung pada jenis material. Jumlah kos akhir yang perlu anda bayar akan berbeza mengikut keluasan awning yang anda nak.

Awning yang luas memerlukan rangka yang besar dan lebar supaya air hujan boleh terus mengalir ke dalam longkang rumah. Apa-apa pun, buat dulu ukuran panjang dan lebar kawasan yang nak dipasang awning.

Harga awning biasanya dikira ikut kaki persegi dengan kos jenis awning itu sendiri. Kalau bajet lebih, ambil yang tebal sedikit supaya tak cepat karat. Tak berapa faham? Boleh rujuk formula kira asas di bawah.

Harga Awning (kaki) x Panjang Kawasan (kaki) x Lebar Kawasan (kaki)

Contoh pengiraan:-

RM 15 X (14 kaki x 19 kaki)    = RM 15 X (266 kaki)

Jumlah                                         = RM3,990.00

Mudah kan? Bezanya dari segi jenis awning, ketebalan dan design saja! Kalau bajet sikit, ambil je awning jenis zink yang murah lebih kurang antara RM7.00 ke RM10.00 saja.

awning rumah
awning rumah
awning rumah
awning rumah
awning rumah

Kredit kepada propertyguru.com.my

Shopping Cart
Open chat
Salam
Servis Pemasangan Gate, Awning, Loteng dan lain-lain
Apa kami boleh bantu?