8 Tips dalam memilih Perabot Rumah

Kita mungkin pernih terfikir pada diri kita bila lepas buat rumah baru atau bila nak ganti perabot yang lama semasa nak sambut hari raya, perabot apa kita nak pilih buat rumah kita? Kalau kita tiada ilmu asas dalam aspek pemilihan perabot, lebih-lebih ruang rumah kita yang agak terhad. Mestilah kita nak pilih perabot yang akan memberikan impak yang besar terhadap saiz ruang rumah, keselesaan, susun atur, kekemasan dan yang penting mencantikkan suasana dalam rumah kita nanti.

Sebab itulah kalau kita nak beli perabot mesti ada perancangan yang rapi dan pengetahuan asas ketika nak memilih perabot jadi kita tidak akan menyesal kemudian lepas beli. Kalau puas hati dengan pilihan perabot dapat lah jimat duit dan takperlu tukar tiap tahun. Dengan itu saya akan memberikan berberapa tips yang boleh dikongsikan untuk memimih perabot.

#1. Pemilihan Tema & Gaya

Sebelum memilih perabot perlulah kita menentukan tema & gaya perabot itu mengikut kesesuaian rumah kita supaya kita tidak ‘rambang mata’ dan terpedaya dengan design-design perabot yang bermacam-macam di kedai perabot. Kebiasaannya pembeli ni mudah tertarik dan membeli berdasarkan pendapat jurujual yang sebenarnya tidak pernah lihat pun dalam rumah kita. Sebab tu kita perlu menentukan perabot sendiri jadi takdelah menyesal pulak bila pilih yang jurujual rekomendasi sebab tak kene tema. Bila dah beli perabot yang sesuai ikut tema yang kita minat barulah puas hati bila dah hias dalam rumah.
.
#2. Menetukan Warna Pilihan
Ramai yang tak tahu yang pemilihan warna perabot lebih penting daripada pemilihan cat rumah. Kalau warna perabot itu tidak ngam dengan warna dinding maka jadi ternampak buruk dan kurang sedap dipandang sehingga la kita perlu berulang kalin tukar perabot. Sebab itu kita perlu memilih perabot berdasarkan warna cat di dinding rumah kita kerana biasanya kita sudah mengecat semua dinding dalam rumah kita terlebih dahulu jadi perlulah perabot itu ikut warna dinding itu jadi takperlulah kita tukar cat dinding kita ikut warna perabot pulak.
.
#3. Keluasan Ruang

Masa nak beli perabot mesti kita ragu-ragu “muat ke perabot ni dalam rumah ye?”. Hal ini sering berlaku kerana kebanyakan orang malas untuk mengukur setiap ruang rumah . Jadi bile nak membeli perabot sekadar dengan mengagak-agak saja saiz ruang rumah itu dengan perabot. Jadi kita mesti la tahu ukuran ruang rumah kita jadi kita tidak tersilap beli jadi masalah perabot tidak muat pula.
.
#4. Lakaran

Selain ukur juga kita perlu buat lakaran untuk susunan dekorasi ruangan dan jenis perabot yang bakal diletakkan di ruang itu. Jadi kita xdelah pening-pening untuk pilih design perabot tu. Kebiasaan orang yang suka buat lakaran ini adalah orang yang betul2 detail dan pentingkan kekemasan sebab tanpa imaginasi dan lakaran susun atur perabot, dia agak sukar untuk tentukan apa yang bakal dibeli semasa berada di kedai perabot.

#5. Tentukan Keutamaan Kualiti Setiap Perabot.

Tidak semestinya semua perabot rumah perlu berkualiti dan mahal. Kalau kita nak perabot kita tahan untuk jangka masa lama Kita perlu tahu keutamaan setiap perabot yang bakal dibeli. Kita tidak pelu mementingkan kos sangat untuk perabot, kalau ia dijamin berkualiti dan tahan tidak salah kalau melabur lebih sikit.  Begitu juga jika sebaliknya, kalau kita memerlukan perabot yang biasa-biasa seperti meja kecil yang murah saja sudah cukup.
.
#6. Ciri-Ciri Keselamatan

Perabot yang kita pilih mestilah selamat dan tidak membahayakan. Perkara ini tidak boleh diambil ringan lebih-lebih lagi jika kita mempunyai anak-anak kecil di rumah. Kita perlu tahu ciri-ciri perabot itu seperti bucu tajam, berat, material yang selamat atau tidak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diinginkan ketika anak-anak bermain berdekatan dengan perabot itu.
.
#7. Survey

Tips ini selalu kita lakukan kalau nak cari perabot, jadi untuk  mencari perabut yang dengan lebih bijak kita pelu survey dulu perabot-perabot sekurang-kurangnya 3-4 kedai mengikut jumlah kedai perabot yang ade di kawasan kita lah, Setiap kedai cuba bandingkan design dan harga yang ditawarkan dengan cara ini kita dpt memberi masa secukupnya untuk menentukan pilihan supaya tidak ada penyesalan nanti selepas membeli.
.
#8. Beli Ikut Kemampuan

Akhir sekali, belilah ikut kemampuan kewangan diri kita sendiri bukan mengikut kehendak. kita tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan kesemua perabot serentak. Seharunya kita perlu mengenalpasti perabot mana yang lebih diperlukan dan belilah mengikut keperluan dan kemampuan kita.

.
Semoga  tips dan panduan yang saya berikan ini dapat membuka minda dan memberikan skop pemilihan yang tepat dalam memilih atau membeli perabot dan untuk keperluan serta mendekorasikan sesebuah ruang agar kelihatan menarik, selamat dan selesa serta berbaloi.

 

sumber info dari https://hias.my

Disediakan oleh ispiagate

Follow facebook kami fbispiagate

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Salam
Servis Pemasangan Gate, Awning, Loteng dan lain-lain
Apa kami boleh bantu?